Khamis, 15 Oktober 2015

A new survey from GlobalTestMarket

Sedang saya mengedit blog ni, timbul satu notifikasi emel google, terus semak. Ada rezeki satu tawaran kaji selidik daripada GlobalTestMarket yang bernilai 5 - 35 mata (MarketPoints). Sekiranya saya di'screen out' saya masih mendapat 5 mata. Jika tidak saya akan mendapat 35 mata. (Nilai mata MarketPoints ini saya akan cuba terangkan kemudian) Nilai MarketPoint GlobalTestMarket agak mahal dan berbaloi.

Ok, pause dulu mengarang. Jawab kaji selidik dahulu. (01.58am)


Yes, siap akhirnya. dan saya tidak di'screen out'. Jadi saya mendapat mata penuh iaitu sebanyak 35 MarketPoints.

Kaji selidik kali ini adalah mengenai habit menonton televisyen (jika boleh saya katakan demikian), kerana ia bertanyakan mengenai rancangan TV sama ada secara online, TV percuma dan juga TV Berbayar.

Salan tamat pada 2:40 am. Katanya tadi anggaran masa dalam 20 hingga 30 minit. tapi saya mengambil masa selama 40 minit. Ini disebabkan saya ada membuat aktiviti lain di antara waktu menjawab soal selidik.

Masa: 40 minit
Mata: 35 MarketPoints

Mata Kumulatif: 2,549 MarketPoints  (Bernilai anggaran dalam RM350 di Superbuy.com) iaitu baucer RM50 Superbuy (344 MarketPoint)

Jika berminat untuk sertai GlobalTestMarket daftarlah di sini





Tiada ulasan:

Catat Ulasan