Khamis, 9 Julai 2015

Hijab

Sayunya hati

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11 tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg berusia 11 tahun yg mulia ini.

Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu. Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas.

Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya". Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya. Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya, ''Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?''
Ibu saudaranya bertanya, ''kenapa?''

Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini, semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak
terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai
tudung. Bukan tudung yg nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along tak nak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita
semua. Sayang Ibu......ALONG"

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadaNya. Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima
kasih kepada Maksu yang sudi share cerita ini.

Selepas saya kafankan jenazah along, Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor

CnP: Air Nabeez

#Kredit kepada pengarang asal

Buat sahabat yang Sakit Gout dan lemah tenaga.

Apa tu air nabeez?
Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.

Sumber mengatakan: air nabeez ni kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yg dah lembik tu, nabi telan sekali.

Talk about infused water. Org barat baru sekarang paham dan baru nak popularkan kaedah infuse water nie. Nabi kita dah buat lama dah.

Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-
1. pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah

Khasiat air nabeez
Air nabeez ni adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox.

Disebabkan air nabeez ni tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.

Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.

Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.

Cara membuat air nabeez
Rendam beberapa butir kurma (seelok2nya bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nya dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginya (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu boleh diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.

Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.

Air nabeez tu boleh diminum begitu sahaja / boleh dikisar sebelum diminum.

Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranya ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak.

Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang / malam. Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma / kismis di waktu pagi.

Pantang larang dalam membuat air nabeez
Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnya ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.

Air nabeez nie kalau disimpan di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.

Tapi dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma / kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum.

Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez ni dibuat fresh daily.

Air nabeez ni nanti boleh diubahsuai & ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoothie jugak.

Jangan Lupa Tag Kawan2, Ilmu berguna utk kita semua terima kasih